Permohonan dan temuduga Tauliah mengajar agama Islam di Selangor

Setiap calon yang ingin memohon tauliah mesti menjawab 20 soalan bertulis yang telah disediakan oleh JAIS[4]. Pada kebiasaannya pentauliahan diberikan sekiranya calon lulus proses temuduga dan mendapat surat pentauliahan sementara. Surat tersebut diberikan selepas dua minggu menjalani ujian tersebut. Selepas itu, permohonan akan dipanjangkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen bagi saringan keselamatan sebelum dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Tauliah MAIS[4][5].